26 Disember 2009

Menara Condong Pisa



Terdapat tujuh binaan ajaib di dunia ini iaitu Tembok besar Negeri Cina, Piramid , Taj Mahal yang dibina oleh Maharaja India untuk isterinya Mumtaz , Candi Borobudur yang terletak di Jawa , Taman Tergantung Babylon yang dibina lebih 3000 tahun yang lalu dan Menara Condong Pisa yang terletak di Itali.

Setiap binaan ajaib itu terdapat keistimewaannya tersendiri dan masih berdiri kukuh walaupun telah dibina ribuan tahun yang lalu. Keupayaan masyarakat dahulu untuk membina bangunan dan monumen tersebut masih lagi belum terjawab sepenuhnya.

Menara Pisa in telah condong semasa pembinaannya pada tahun 1154. Menara lapan tingkat in belum pun separuh siap sebelum menjadi condong. Binaan in menjadi condong disebabkan oleh kelembapan tanah liat yang tidak dapat menyokong keseluruh bangungan itu. Menara setinggi 55.86 meter ini semakin senget dan juga membimbangkan para arkitek, Bonanno Pisano, arkitek yang tersohor pada zaman itu. Para jurutera bimbang jikalau bangunan ini akan tumbang sebelum selesai dibina. Oleh itu, Menara Pisa ini mengambil masa 200 tahun untuk dibina. Adakala juga, pembinaan in tergendala beberapa kali oleh kerana keadaan tanah yang mendap dan masalah kewangan.Namun, Bonanno Pisano dapat selesaikan hanya tiga tingkat sahaja sebelum beliau menghilangkan diri. Kehilangannya tidak dapat dijelaskan.

90 tahun kemudian, Giovanni, seorang arkitek dari Simone menyambung pembinaan bangunan itu. Giovanni hanya mampu menyiapkan tiga tingkat sahaja iaitu hingga ke tingkat 7. Kemudian, selepas 80 tahun, bangunan itu disiap sepenuhnya dengan pembinaan tingkat lapan yang berkubah. Di dalam kubah itu terdapat beberapa buah loceng. Satu loceng itu seberat setengah tan. Loceng itu dibunyikan atas tanda sesuatu kemanangan atau tanda kematian. Tetapi kini, loceng itu tidak dibunyikan untuk mengelak sembarang getaran yang boleh menyebabkan ia meretak.

Cabaran terbesar yang dihadapi oleh menara ini ialah kecondongannya bukan disebabkan oleh masalah hakisan, pergerakan tanah atau tindak-tanduk manusia. Pada Perang Dunia Kedua, sebahagian daripada tingkat atas bangunan itu rosak teruk kerana bedilan peluru meriam. Namun, bedilan meriam ini masih gagal meruntuhkan bangunan yang berusia satu kurun itu. Ramai yang percaya bahawa binaan ini akan rebah satu hari nanti.
info didapati dari :

http://en.wikipedia.org/wiki/Leaning_tower_of_pisa
http://info-sains.blogspot.com/2007_08_01_archive.html#4602707972155758105
http://www.360cities.net/image/pisa-top-of-leaning-tower

06 Julai 2009

Karangan: Remaja memilih untuk sering datang lambat ke sekolah.

Semua sekolah mempunyai undang-undang yang bermunasabah. Salah satu undag-undang ini ialah waktu atau jam berapa pelajar-pelajar harus datang ke sekolah. Selalunya undang-undang ini berjalan dengan lancar untuk pelajar-pelajar di sekolah rendah. Malangnya, undang ini agak sukar untuk dilakukan oleh kalangan remaja di sekolah menengah. Bilangan remaja yang datang lambat ini semakin meningkat.
Pada pandangan saya, tidak semua golongan remaja ini memilih untuk datang lambat. Namun, ada jugak yang sebaliknya. Remaja-remaja yang memilih untuk sering datang lambat ini mempunyai alasan yang dibuatnya. Ini menunjukkan bahawa mereka tidak bertanggungjawab. Tetapi, golongan remaja yang tidak sengaja datang lambat mempunyai sebab-sebab yang tertentu.
Salah satu alasan yang diberi oleh remaja-remaja ini ialah ‘bas datang lambat’ atau ‘mereka tidur lambat semalam’ dan sebagainya. Sebenarnya mereka hanya malas bangun awal dan sanggup untuk menangani risiko yang diberi. Semua alasan ini adalah hanya untuk melarikan diri mereka dari bertanggungjawab seperti, jika mereka lupa membuat tugas sekolah dan tugas itu harus dihantar pada period pertama, mereka akan sengaja datang lambat untuk period itu supaya tidak perlu menghantar tugas yang belum selesai itu dan tidak dimarahi.
Sebab yang boleh diterima untuk remaja yang tidak memilih untuk datang lambat kesekolah tapi masih lambat kerana perkara itu tidak dikehendaki mereka seperti kesesakan jalan raya, ibu bapa yang menghantar mereka mandi atau bangun lambat dan sebagainya. Dalam situasi begini, remaja-remaja ini tidak boleh disalahkan kerana perkara begini tidak dirancang. Oleh itu, remaja ini tidak memilih untuk datang lambat.

02 April 2009

Jurnal Projek melayu

Saya sangat ghairah kerana ini adalah projek pertama saya di sekolah menegah. Angota kumpulan saya ialah shifaa, saya dan reynardi. Tugas saya ialah untuk membuat powerpoint. Reynardi membuat risalah dan yang lain dibuat oleh shifaa. Tajuk projek untuk kumpulan saya ialah Kemerdekaan Singapura. Sungguh menarik. Namun saya juga sedih dan takut jika kumpulan saya tidak dapat menghantar projek in pada tarikh mati yang ditetapkan oleh guru oleh kerana reynardi. Dia tidak melakukan tugas yand patut dilakukan. Saya sangat gembira kerana shifaa di dalam kumpulan saya. Dia membuat tugas-tuganya dengan rela hati. Dia telah membuat dialog dan lain-lain. Membuat projek ini sangat susah kerana saya tidak dapat mencari infomasi untuk projek ini. Mujurlah guru tunda tarikh tutup projek itu. Saya rasa projek ini sangat berguna kerana kami boleh lebih mengetahui teneang negara kita.

11 Mac 2009

Pengalaman dan perasaan saya memulakan blog bahasa melayu

Saya berasa amat gembira dan seronok semasa memulakan blog ini kerana, ini pertama kali saya memulakan blog. Pengalaman saya memulakan juga sungguh menarik.Namun, memulakan blog bahasa melayu ini jugak agak payah dan susah kerana saya perlu membuat emel yang baru. Saya boleh mengunjungi blog saya jika saya berasa bosan. Blog ini jugak sangat berguna. Saya boleh membuat karangan dan jurnal saya di blog ini. Saya membuat blog ini pada bulan lepas di makmal komputer di sekolah saya semasa kelas bahasa melayu. Saya boleh menambah gadjet dan melihat blog rakan-rakan saya melalui gadjet itu. Sungguh menarik. Namun, saya rasa tidak selesa kerana apa yang saya tulis di blog saya akan dilihat oleh orang lain. Semasa membuat blog ini, saya juga mendapat bantuan dari rakan-rakan saya dalam membuat emel yang baru dan juga menambah gadjet. Saya sangat gembira kerana mereka dapat menolong saya. Saya berharap bahawa blog ini dapat memperbaiki bahasa melayu saya.

Kenapa Lambat