30 Julai 2010

PERTANDINGAN BLOGGING 2010 - ENTRI KESEMBILANBELAS

PANDANGAN DAN PERASAAN

Ini adalah post terakhir saya bagi PERTANDINGAN BLOGGING 2010 . Saya sangat berbesar hati kerana dapat mengambil bahagian dalam pertandingan ini. Dengan itu , saya seikhlasnya ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak penganjur dan juga guru saya , Cikgu Siti kerana telah memberikan saya inspirasi dan kesempatan untuk mengambil bahagian dalam pertandingan ini.

Ketika hari pertama saya menerima borang penyertaan , saya bimbang kerana ketegori yang telah diberikan adalah tentang budaya dan saya tidak tahu banyak perkara tentang budaya melayu . Maklumlah , remaja zaman ini lebih tertarik dengan budaya orang barat . Namun , saya juga amat ghairah untuk meraih pengetahuan tentang budaya saya. Ketika saya mencari bahan-bahan untuk pertandingan blogging ini , saya rasa seronok walaupun informasinya ada yang tidak betul atau jelas dan gambar-gambarnya susah untuk dicari. Saya telah mempelajari banyak perkara tentang Adat Perkahwinan budaya melayu , bukan sahaja di Singapura tetapi di Brunei juga dan beberapa pantang larang yang menarik.


Saya berharap agar penganjur akan mengadakan lebih pertandingan seperti ini kerana ia amat berguna untuk masyarakat melayu dan jika saya berpeluang , pasti saya akan menyertai pertandingan ini lagi.

Terima kasih ,
Nur Amirah
Sekolah Menengah Guangyang

29 Julai 2010

PERTANDINGAN BLOGGING 2010 - ENTRI KETUJUHBELAS

ADAT BERBEDAK

'Adat Berbedak' adalah upacara di mana kedua pengantin akan di bedaki di rumah masing-masing dengan berujuan untuk menambah serinya wajah. Acara ini dilangsungkan berasingan.



MAJLIS MASUK BERBEDAK


Ini adalah acara terbuka. Keluarga pengantin perempuan akan mengadakan upacara tersebut di kediaman mereka sehari awal daripada pengantin lelaki.Pengantin lelaki akan melangsuungkan acara ini pada waktu malam, sehari sebelum hari perkahwinan.

Dalam upacara ini, pengantin tersebut akan memakai pakaian tradisi (contoh; pakaian Brunei). Keluarga, sanak saudara dan jemputan akan seterusnya menyapu bedak di tapak tangan pengantin dan juga di bahagian dahi.



PERTANDINGAN BLOGGING 2010 - ENTRI KEENAMBELAS

ADAT MAKAN BERSUAP


Ini adalah adat resam dimana pengantin perempuan akan menyuap pengantin lelaki dengan tangannya sendiri . Ini dilakukan selepas adat basuh kaki untuk menambahkan suasana kemesraan antara pengantin baru itu !

Ia adalah kemestian untuk menyediakan
  • nasi kuning
  • air
  • garam
  • dan asam
untuk upacara tersebut.

Ada beberapa Adat Brunei Tutong yang tidak begitu berbeza dengan adat kami seperti adat berinai dan juga istiadat akad nikah.

ADAT MULIH 3/7 HARI

Adat mulih 3 atau 7 hari ini ialah tradisi di mana pengantin lelaki akan pulang ke rumah asalnya bersama isterinya selepas tinggal selama 3 atau 7 hari di kediaman isterinya. Biasanya keluarga pihak lelaki akan memberikan hadiah seperti barang rumah dan barangan dapur kapada pasangan ini. Ini menandakan penamatnya upacara perkahwinan orang Brunei.

. . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . .

28 Julai 2010

PERTANDINGAN BLOGGING 2010 - ENTRI KELIMABELAS

Seperti yang telah saya beritahu di post sebelumnya , ini adalah slaid yang menunjukkan gambar adat basuh kaki di Brunie , Tutong. Lihat dengan teliti kerena gambar saya akan muncul dalam slaid ini. Hehehe. Harap anda semua seronok menonton slaid ini !

27 Julai 2010

PERTANDINGAN BLOGGING 2010- ENTRI KEEMPATBELAS


Make your own widget at Blixy.com!


Adat di Brunei lain daripada yang lain. Mereka tidak berjalan bersama-sama ke atas pelamin.
Di dalam kediaman pengantin perempuan, pengantin lelaki akan di payung dan dianya akan disuruh berjalan dalam pusingan kecil sebanyak 3 kali dan dia akan diiringi oleh dua orang lelaki yang membawa lilin besar yang dinamakan bunga lilin dan dua orang lagi lelaki yang membawa bunga manggar. Ini dikenali sebagai Pusing Naga yang masih lagi diamalkan sehingga kini.

Seterunya, pengantin lelaki mesti memacahkan buluh
yang diletakkan di pintu depan rumah sebelum
masuk rumah. Buluh ini akan dipecahkan oleh penjaga pengantin lelaki tersebut dangan
memijak-mijaknya, kadang-kadang ini dilakukan oleh pengantin lelaki itu sendiri.

Pengantin perempuan sedia menanti keadiran pengantin lelaki di pelamin. Sebelum pengantin lelaki dibenarkan duduk di sebelahnya di pelamin tersebut, adat 'mencabut keris' akan di lakukan. Keluarga terdekat pengantin perempuan akan menarik keluar keris tersebut dan apabila ianya dimasukkan kembali kedalam sarungnya, barulah istiadat bersanding dilaksanakan.


ADAT BASUH KAKI


Basuh kaki atau Buri Pu'o dalam bahasa Tutong ialah adat resam dimana kaki pengantin perempuan akan di tuangkan air.
Barang yang diperlukan bagi acara ini ialah
  • air,
  • parang dan
  • batu pengasah.
Kedua-dua pengantin hendaklah membuka kasut di kaki kanan masing-masing, di mulakan oleh pengantin perempuan dengan meletakkan kakinya di atas batu pengasah diikuti dengan pengantin lelaki meletakkan kakinya di atas kaki pengantin perempuan.

Nanti post seterusnya dimana saya akan menunjukkan sebuah slaid yang sungguh menarik !



PERTANDINGAN BLOGGING 2010- ENTRI KETIGABELAS

Istiadat Bersanding
Brunei , tutong .Informasi didapati dari slaid yang ditunjukkan oleh SM RIPAS.
Pada sebelah pagi , pengantin lelaki akan dimandikan dengan campuran air wangi.
Pengantin lelaki juga akan makan terlebih dahulu daripada semua dan selepas itu , dia dibawa untuk bertemu dan berjarah ( bersalaman ) dengan jemputan-jemputan lelaki dan memberikan penghargaan atas kehadiran mereka. Manakala , ibu pengantin lelaki dan saudara-maranya pula akan melakukan yang sama di khemah bagi jemputan perempuan.




Apabila tibanya pengantin lelaki di kediaman pengantin perempuan, dia akan ditemani oleh seorang lelaki tua yang berperanan sebagai penjaganya. Orang tua tersebut haruslah seorang yang dihormati dan mempunyai ilmu agama yang teguh.



26 Julai 2010

PERTANDINGAN BLOGGING 2010- ENTRI KEDUABELAS

Setelah selesai dengan adat perkahwinan melayu di Singapura dan Malaysia , kini saya ingin pula berkongsi dengan anda semua tentang adat perkahwinan di Brunei , Tutong yang telah saya pelajari ketika saya berdarmawisata ke Brunei beberapa minggu yang lalu. Pelajar-pelajar Sekolah Menengah Raja Isteri Pengiran Anak Soleha telah pun membuat persembahan tentang budaya mereka yang agak menarik dan berbeza daripada budaya kami.

Dibawah adalah beberapa gambar yang dipetik oleh guru-guru SMRIPAS ketika
persembahan adat perkahwinan Tutong oleh pelajar-pelajar SMRIPAS.
Gambar berikut didapati dari lelaman
http://smripas.blogspot.com/

Host unlimited photos at slide.com for FREE!

Host unlimited photos at slide.com for FREE!

Gambar-gambar ini menunjukkan adat pusingan naga iaitu sebahagian dari adat perkahwinan meraka ! =)
Adat ini akan saya terangkan dengan lebih lanjut di post seterusnya .

PERTANDINGAN BLOGGING 2010 - ENTRI KESEBELAS

~ PANTANG LARANG ~

Setelah mengetahui adat perkahwinan budaya melayu di Singapura dan Malaysia ,
saya telah mempelajari beberapa pantang larang dan pelbagai nasihat yang
menarik untuk bakal pengantin.
Seringnya , kita mendengar ibu-bapa atau datuk dan nenek menasihati bakal pengantin menggunakan pantang larang , jangan itulah , jangan inilah . Namun terserahlah kepada mereka samada mereka rasa ini baik untuk diikuti atau tidak.
Tentu anda semua tidak sabar hendak tahu tentang pantang larang tersebut !


#1 Jangan keluar bersama pasangan selama 40 hari sebelum diijab kabul,bimbang tohmahan masyarakat. Selain itu, ia bertujuan untuk mengawal nafsu dan menimbulkan perasaan rindu. Dengan itu , pengantin akan ghairah dan berseri-seri ketika berjumpa dengan pasangan pada hari akad nikah nanti !

#2 Elakkan keluar dengan bebas kemana-mana kerana bimbang jika di santau oleh mereka yang mempunyai niat yang tidak baik.

#3 Beberapa bulan sebelum kahwin, elakkan makan nasi dengan lauk berkuah bagi mengelakkan perut buncit.

#4 Elakkan makan ulaman yang berbau busuk seperti petai atau jering.

#5 Jangan bercermin terutama selepas maghrib bagi mengelakkan diri daripada perkara sihir.

#6 Tiga bulan sebelum berkahwin, mulakan membuat urutan supaya bakal pengantin mempunyai tenaga..

#7 Elakkan minum air bergas kerana ia menyebabkan kencing manis.

#8 Elakkan daripada mandi pada waktu malam kerana tidak elok untuk sendi-sendi badan

#9
Mengikut sesetengah adat, bakal pengatin perlu makan sekali sehari sahaja.

#10 Minum air halia untuk membuang angin.


Ini sahaja pantang larang buat masa kini yang dapat saya cari.
Ada lebih lagi pantang larang yang boleh didapati.
Nantikan post seterusnya ya !

23 Julai 2010

PERTANDINGAN BLOGGING 2010 - ENTRI KESEMBILAN

Ini adalah sebuah rakaman cara perkahwinan orang melayu yang saya dapati dari lelaman youtube.
Jika anda tontoni dengan teliti, rakaman ini melengkapi beberapa aspek budaya pernikahan melayu seperti akad nikah dan berandam yang telah saya terangkan di beberapa post yang lalu. Adat makan bersuap juga ditunjukkan di dalam rakaman ini .


20 Julai 2010

PERTANDINGAN BLOGGING 2010- ENTRI KELAPAN

* { ADAT PERNIKAHAN } *

Setelah selesai peringkat-peringkat berikut , yang paling dinantikan iaitu adat pernikahan dilangsungkan .
Amalan ini adalah kemuncak majlis perkahwinan.

Namun pelbagai persiapan harus dilakukan sebelum majlis pernikahan itu , seperti menyiapkan bilik pengantin , mendirikan pelamin , khemah tetamu dan juga bunga telur . Oleh itu pasangan pengantin haruslah berjimat dan pastikan mereka mempunyai cukup wang sebelum berkahwin.

Bersanding
bermaksud duduk bersebelah-sebelahan di satu tempat yang istimewa.
Majlis perkahwinan ini juga dikenali sebagai hari bersanding dimana pengantin digelar raja sehari. Majlis ini diadakan secara meriah. Jiran-jiran , sanak-saudara dan sahabat handai dijemput untuk menghadiri majlis tersebut.



Terdapat beberapa jenis persandingan iaitu :
  • bersanding selepas akad nikah
  • bersanding di luah rumah pengantin perempuan
  • bersanding di dalam rumah pengantin perempuan
  • bersanding malam
  • bersanding di rumah pengantin lelaki
  • bersanding semula


Informasi dan gambar pelamin didapati dari lelaman wikipedia.



19 Julai 2010

PERTANDINGAN BLOGGING 2010- ENTRI KETUJUH

Adat Berinai
Adat ini juga dibuat berperingkat.

  • Berinai Curi ~ diadakan tiga malam sebelum hari langsung untuk saudara-mara terdekat sahaja

  • Berinai Kecil ~ diadakan dua malam sebelum hari langsung untuk saudara-mara , jiran- jiran dan juga sahabat handai

  • Berinai Besar ~ diadakan satu malam sebelum hari langsung atau selepas akad nikah.







Ini adalah beberapa gambar tangan pengantain selepas diinai.


Peralatan yang diperlukan untuk upacara berinai ini adalah
  • Daun inai tua yang telah dipilih
  • Nasi untuk melekatkan inai kepada kuku dan jari
  • Perahan air limau nipis atau limau kasturi supaya inai itu cepat menyerap dan dapat menghasilkan warna kuning kemerahan
  • Gambir supaya inai itu lebih cerah warnanya.
Caranya ~
  • Daun inai juga dibuang urat-uratnya dan dicampur dengan bahan-bahan lain yang disebutkan.
  • Campuran itu kemudian ditumbuk atau digiling sehingga lumat
  • Selepas itu barulah inainya dipakaikan kepada jari.
Disini sahaja untuk post ini ! =)
Terima kasih

18 Julai 2010

PERTANDINGAN BLOGGING 2010- ENTRI KEENAM


Make your own widget at Blixy.com!


Berandam dan berasah gigi

Adat ini telah diamalkan sejak zaman silam. Rambut pengantin perempuan di dahi dan bulu keningnya dipepat . Kemudian giginya pula diasah dan dikilap supaya menjadikannya sama rata dan berkilat. Tugas ini selalunya di lakukan oleh seorang tukang andam.


gambar di atas adalah bahan yang digunakan untuk adat tersebut.

Namun , adat ini sudah lapuk . Ramai pengantin perempuan di luar kawasan bandar hanya mengamalkan adat berandam dan pengantin perempuan di kawasan bandar pula akan dihantar ke kedai soleh yang terdapat di banyak kawasan di Malaysia dan Singapura.
Walaupun demikian , ada juga keluarga di kalangan mereka yang masih patuh dengan peribahasa ,
" Biar mati anak , jangan mati adat "

14 Julai 2010

PERTANDINGAN BLOGGING 2010- ENTRI KELIMA

ADAT PERKAHWINAN

AKAD NIKAH

Perkahwinan Melayu dimulakan dengan upacara akad nikah iaitu kontrak perkahwinan. Pengantin lelaki akan menandatangani kontrak itu dan bersetuju untuk memberi pengantin perempuan mas kahwin yang berupa wang, barang-barang atau apa-apa sahaja yang diminta oleh pihak perempuan. Namun pada zaman ini , ramai pihak perempuan yang meminta wang sahaja untuk tidak merumitkan keadaan. Ia adalah lambang untuk menunjukkan bahawa si lelaki itu sanggup dan sudah bersedia untuk mendirikan rumahtangga dengan gadis yang dilamarnya. Setelah menandatangani kontrak itu , langkah-langkah agama yang perlu akand dilakukan dan disertai doa. Seterusnya tok kadi atau imam tersebut akan membacakan lafas nikah.

Lafaz nikahnya adalah:

"Aku nikahkan dikau [nama pengantin perempuan] dengan mas kahwin sebanyak {mengikut negeri} tunai"

Pengantin lelaki akan membalas "Aku terima nikahnya [sama seperti apa yang dilafazkan oleh tok kadi] "



Gambar-gambar didapati dari lelaman google.

Wah , orang yang menghias wang mas kahwin ini amat kreatif !
Gambar yang terdapat diatas ini sebenarnya adalah wang tunai yang telah digubah dan dilipat untuk merupai sebuntil bunga. Cantik sungguh kan ?

Selain dari itu , barang-barang tersebut juga diberi
  • cincin bertatahkan batu permata
  • kain sutera yang cukup untuk menjahit sehelai baju perempuan
  • dua helai sarung sutera
  • beraneka jenis kuih
  • beraneka jenis buah-buahan
  • mangkuk sirih ataupun katok sirih yang dilengkapi dengan bahan
    (Ini harus dipulangkan)
Makanan terdiri daripada nasi minyak dan kari, bagi lelaki ataupun perempuan. MMM , sedapnya !

Sampai disini sahaja .
Entri seterusnya akan menerangkan peringkat kedua adat perkahwinan :)

12 Julai 2010

PERTANDINGAN BLOGGING 2010- ENTRI KEEMPAT.

ADAT PERKAHWINAN

~FAKTA MENARIK~
  • Jika lelaki itu, atas apa-apa alasan, gagal untuk mengahwini anak perempuan yang ditunangkan, cincin pertunangan serta hadiah-hadiah yang lain tidak boleh dituntut balik
  • Jika perempuan itu, atas apa-apa alasan kecuali kematiannya, gagal memenuhi tujuan pertunangan itu, maka semua hadiah, termasuk cincin pertunangan, harus dikembalikan kepada lelaki pada kadar sekali ganda, baik dari segi bilangan atau nilainya
  • Sekiranya pihak perempuan mempunyai seorang kakak yang masih belum berkahwin , hantaran untuknya juga diberikan. Adat ini dinamakan 'langkah bendul'
  • Jumlah bilangan hantaran selalunya ganjil kerana jumlah genap dikatakan memberi implikasi yang tidak baik.
Upacara akan dimulakan dengan wakil dari pihak lelaki menyatakan lamaran mereka secara rasmi. Adakala pantun digunakan untuk membuat suasana majlis lebih meriah. Kemudian kedua-dua pihak akan berbincang untuk menetapkan tempoh pertungan dan tentang lain-lain hal yang berkaitan. Setelah perbincangan selesai , adat sarung cincin pula dijalankan dengan seorang wakil pihak lelaki iaitu ibu atau saudara perempuannya akan menyarungkan cincin pertunangan itu di jari manis gadis yang dilamar.
(sila rujuk ke gambar pertama di post ini)

Wah , beruntung sungguh gadis yang dilamar itu , dapat pelbagai gubahan dan juga cincin berlian! (:

Informasi didapati dari: http://malaysiana.pnm.my/01/01010203mel_bertunang.htm

08 Julai 2010

PERTANDINGAN BLOGGING 2010 - ENTRI KETIGA


ADAT PERKAHWINAN
MEMINANG DAN BERTUNANG

Meminang dan bertunang adalah dua perkara yang berbeza tetapi kedua-dua majlis ini dijalankan pada hari yang sama untuk kebanyakkan orang bagi budaya melayu.
Selepas memastikan bahawa gadis tidak berpunya , tarikh hari pertunangan akan ditetapkan.
Adat perkahwinan selalunya akn diadakan di rumah gadis tersebut. Oleh kerana tempatnya tidak luas , hanya ahli keluarga dan saudara-mara yang terdekat sahaja yang dijemput ke majlis pertungangan itu.Sempana pertunangan , majlis kenduri juga akan diadakan di rumah .
Lalu, hantaran yang telah digubah pula akan diberikan kepada pihak perempuan.
Hantaran tergantung kepada keupayaan kewa
ngan keluarga lelaki.

Berikut merupakan barangan yang sering dijadikan hantaran:
  • cincin emas atau berlian
  • kain/sarung
  • selipar/kasut
  • gula-gula
  • buah-buahan
  • kuih-muih
  • bunga rampai










Sekian sahaja untuk entri ini. Saya ingin berkongsi beberapa fakta menarik tentang adat perkahwinan dalam entri saya yang seterusnya. Nantikan saja entri saya seterusnya.

05 Julai 2010

PERTANDINGAN BLOGGING 2010 - ENTRI KEDUA


Get glitter and more at Blixy.com!


Perkahwinan bukanlah sesuatu perkara yang asing bagi masyarakat kami dan di seluruh dunia. Saya pasti anda semua pernah menghadiri majlis perkahwinan juga . Adat resam perkahwinan di masyarakat melayu amat dititikberatkan dan terdapat beberapa peringkat penting.

Merisik

Tujuan merisik adalah untuk memastikan bahawa gadis yang ingin dimiliki itu tidak berpunya. Disamping itu , ia bertujuan untuk menyelidik latar belakang gadis itu dari segi kemahiran rumah tangga , adab sopan , tingkah laku , paras rupa serta pengetahuan agamanya . Lazimnya , ia dijalankan oleh seorang wakil dari pihak lelaki.

Bagi pihak gadis pula , kriteria yang perlu dipertimbangkan sebelum menerima lamaran pihak lelaki adalah lelaki itu perlu ada latar belakang agama serta pekerjaan yang baik. Adakalanya wakil lelaki memberi cincin yang berupa cincin belah rotan yang diberi apabila lamaran diterima untuk menetapkan tarikh peminangan.

Namun adat ini telah jarang dilakukan pada zaman ini kerana kebanyakan pasangan telah berkenalaan terlebih dahulu. Kemudian mereka akan terus meminang . Dengan itu , mereka menjimat wang and waktu .

Ini adalah gambar cincin belah rotan itu.
Menarik bukan ?
Langkah-langkah yang lain pula akan saya terangkan di post seterusnya !

Pendapat saya. . .

Saya rasa merisik adalah sesuatu perkara yang penting untuk dilakukan oleh keluarga pasangan yang belum berkenalan dengan satu sama lain agar mereka tidak akan menyesal pada masa kelak nanti dan keluarga mereka boleh mendapat lebih pengetahuan tentang latar belakang pasangan anak mereka.

03 Julai 2010

PERTANDINGAN BLOGGING 2010 - ENTRI PERTAMA

Budaya Melayu
Pandangan dan perassan saya.
Bahasa dijunjung ,
Budaya Disanjung

Beberapa hari yang lalu, saya telah diberi borang penyertaan

PERTANDINGAN BLOGGING 2010.

Saya rasa seronok kerana ini pertama kali saya menyertai pertandingan blogging.
Saya amat teruja untuk memulakan pertandingan ini dan it boleh menimba pengetahuan saya tentang budaya melayu dengan lebih lanjut agar saya dapat meraih pengalaman yang menakjubkan dan berkongsi pengetahuan saya dengan rakan-rakan yang lain sempena bulan bahasa ini.

Walaupun kami hidup di Singapura, negara yang berbilang bangsa , berlainan agama dan budaya, ini tidak bermakna kita harus mengabaikan budaya Melayu ini atau dipengaruhi oleh budaya lain. Malah , sebagai orang Melayu kita harus mementingkan budaya kita sendiri dan berkongsi pengetahuan ini dengan rakan-rakan yang bukan Melayu. Ramai di kalangan remaja hari ini lebih dipengaruhi dengan budaya Barat.

Saya akan tumpukan entri-entri blog saya seterusnya kepada dua aspek budaya Melayu. Salah satu daripadanya ialah Adat Resam Perkahwinan Melayu kerana kebanyakan orang akan melalui dan mengalami detik bersejarah itu dalam hidup mereka. Satu lagi aspek budaya yang akan menjadi tumpuan saya ialah Pantang Larang Masyarakat Melayu kerana ianya menarik. Banyak juga di antara pantang larang ini mempunyai kaitan dengan adat perkahwinan namun tidak ramai orang tahu tentang perkara ini , termasuk saya. Oleh itu saya mahu mengetahui cara-cara dan perbezaan adat resam perkahwinan pada zaman dahulu berbanding dengan zaman kini. Saya juga ingin mendalami pantang larang dalam masyarakat Melayu yang terdapat di negara lain.

Ini adalah gambar saudara saya bersama suaminya
ketika mereka bersanding pada tahun lepas.

Saya akan mencari maklumat lebih lanjut.
Sampai disini sahaja ! (:

18 Januari 2010

Karangan Discriptif

Kehidupanku dengan wajah dan tubuh yang cacat kini akan aku teruskan. Teman-teman sudah menjauhkan diri. Aku sedar inilah hukuman yang setimpal dangan dosaku terhadap ibu yang kini sudah tiada lagi. Sambil membaca buku, lamunanku mengingatkanku tentang peristiwa lamaku yang aku kesali dan yang menyebabkan aku menjadi cacat.

Sekurang sepuluh tahun yang lalu, aku adalah seorang budak yang cerdik. Selepas mengambil keputusan O level, aku diizinkan oleh ibu untuk teruskan pelajaran di luar negara.Aku tinggal bersama temank disana. Selepas menyelesaikan pelajaran, aku enggan pulang ke Singapura untuk menjaga ibuku. Oleh itu , aku munyuruh kakakku menjaganya. Beberapa tahun kemudian, kakakku di hindap penyakit barah otak. Ibuku terpaksa tinggal bersama saudaraku yang sudi menjaganya. Mereka cuba meghubungiku dan juga pernah datang melawatku sewaktu mereka bercuti berdekatan dengan tempat tinggalku, namun, aku cuba menghindarkan diri dari mereka supaya mereka tidak dapat memaksa ku pulang.

Selepas beberapa bulan, aku tidak mendapat sembarang panggilan atau surat dari ibu. Aku curiga dan mula risau. " Mungkin ibu telah tinggal di rumah saudaraku yang lain atau dia telah memutus asa memujukku pulang atau. . ." bisikan hatiku terganggu oleh deringan telifon dari saudaraku. Aku mengangkat telifon dan memberi salam. Dia pun cuba berkata sesuatu sambil menangis, " Ibumu sudah meninggal dunia, dia dimasukkan ke hospital sejak minggu lepas ". Aku dapat mendengar betapa susahnya untuk dia mengeluarkan kata-kata itu. Hatiku berhenti berdengup sejenak. Aku terus membeli tiket kapalterbang untuk pulang melawat ibuku. Sejam kemudian, aku terduduk di dalam kapal terbang, teringat akan zaman ecilku bersama ibu. Air mataku mengalir. Setibanya di Singapura, aku memecut menyemberang jalan raya untuk menahan teksi. Tiba-tiba, aku dilanggar.

Esok harinya, aku terlentang di hospital. Saudara-maraku memberitahu kepada ku bahawa aku telah kehilangan anggota badanku ; aku telah menjadi cacat.Mataku asyik mencari ibuku. Lalu aku teringat, dia sudah tiada lagi. Aku menyesal akan perbuatanku. Namum, nasi sudah menjadi bubur, ibu tidak mungkin kembali lagi. . .

Kenapa Lambat