18 Januari 2010

Karangan Discriptif

Kehidupanku dengan wajah dan tubuh yang cacat kini akan aku teruskan. Teman-teman sudah menjauhkan diri. Aku sedar inilah hukuman yang setimpal dangan dosaku terhadap ibu yang kini sudah tiada lagi. Sambil membaca buku, lamunanku mengingatkanku tentang peristiwa lamaku yang aku kesali dan yang menyebabkan aku menjadi cacat.

Sekurang sepuluh tahun yang lalu, aku adalah seorang budak yang cerdik. Selepas mengambil keputusan O level, aku diizinkan oleh ibu untuk teruskan pelajaran di luar negara.Aku tinggal bersama temank disana. Selepas menyelesaikan pelajaran, aku enggan pulang ke Singapura untuk menjaga ibuku. Oleh itu , aku munyuruh kakakku menjaganya. Beberapa tahun kemudian, kakakku di hindap penyakit barah otak. Ibuku terpaksa tinggal bersama saudaraku yang sudi menjaganya. Mereka cuba meghubungiku dan juga pernah datang melawatku sewaktu mereka bercuti berdekatan dengan tempat tinggalku, namun, aku cuba menghindarkan diri dari mereka supaya mereka tidak dapat memaksa ku pulang.

Selepas beberapa bulan, aku tidak mendapat sembarang panggilan atau surat dari ibu. Aku curiga dan mula risau. " Mungkin ibu telah tinggal di rumah saudaraku yang lain atau dia telah memutus asa memujukku pulang atau. . ." bisikan hatiku terganggu oleh deringan telifon dari saudaraku. Aku mengangkat telifon dan memberi salam. Dia pun cuba berkata sesuatu sambil menangis, " Ibumu sudah meninggal dunia, dia dimasukkan ke hospital sejak minggu lepas ". Aku dapat mendengar betapa susahnya untuk dia mengeluarkan kata-kata itu. Hatiku berhenti berdengup sejenak. Aku terus membeli tiket kapalterbang untuk pulang melawat ibuku. Sejam kemudian, aku terduduk di dalam kapal terbang, teringat akan zaman ecilku bersama ibu. Air mataku mengalir. Setibanya di Singapura, aku memecut menyemberang jalan raya untuk menahan teksi. Tiba-tiba, aku dilanggar.

Esok harinya, aku terlentang di hospital. Saudara-maraku memberitahu kepada ku bahawa aku telah kehilangan anggota badanku ; aku telah menjadi cacat.Mataku asyik mencari ibuku. Lalu aku teringat, dia sudah tiada lagi. Aku menyesal akan perbuatanku. Namum, nasi sudah menjadi bubur, ibu tidak mungkin kembali lagi. . .

Kenapa Lambat