11 Mac 2009

Pengalaman dan perasaan saya memulakan blog bahasa melayu

Saya berasa amat gembira dan seronok semasa memulakan blog ini kerana, ini pertama kali saya memulakan blog. Pengalaman saya memulakan juga sungguh menarik.Namun, memulakan blog bahasa melayu ini jugak agak payah dan susah kerana saya perlu membuat emel yang baru. Saya boleh mengunjungi blog saya jika saya berasa bosan. Blog ini jugak sangat berguna. Saya boleh membuat karangan dan jurnal saya di blog ini. Saya membuat blog ini pada bulan lepas di makmal komputer di sekolah saya semasa kelas bahasa melayu. Saya boleh menambah gadjet dan melihat blog rakan-rakan saya melalui gadjet itu. Sungguh menarik. Namun, saya rasa tidak selesa kerana apa yang saya tulis di blog saya akan dilihat oleh orang lain. Semasa membuat blog ini, saya juga mendapat bantuan dari rakan-rakan saya dalam membuat emel yang baru dan juga menambah gadjet. Saya sangat gembira kerana mereka dapat menolong saya. Saya berharap bahawa blog ini dapat memperbaiki bahasa melayu saya.

Kenapa Lambat