26 Disember 2009

Menara Condong Pisa



Terdapat tujuh binaan ajaib di dunia ini iaitu Tembok besar Negeri Cina, Piramid , Taj Mahal yang dibina oleh Maharaja India untuk isterinya Mumtaz , Candi Borobudur yang terletak di Jawa , Taman Tergantung Babylon yang dibina lebih 3000 tahun yang lalu dan Menara Condong Pisa yang terletak di Itali.

Setiap binaan ajaib itu terdapat keistimewaannya tersendiri dan masih berdiri kukuh walaupun telah dibina ribuan tahun yang lalu. Keupayaan masyarakat dahulu untuk membina bangunan dan monumen tersebut masih lagi belum terjawab sepenuhnya.

Menara Pisa in telah condong semasa pembinaannya pada tahun 1154. Menara lapan tingkat in belum pun separuh siap sebelum menjadi condong. Binaan in menjadi condong disebabkan oleh kelembapan tanah liat yang tidak dapat menyokong keseluruh bangungan itu. Menara setinggi 55.86 meter ini semakin senget dan juga membimbangkan para arkitek, Bonanno Pisano, arkitek yang tersohor pada zaman itu. Para jurutera bimbang jikalau bangunan ini akan tumbang sebelum selesai dibina. Oleh itu, Menara Pisa ini mengambil masa 200 tahun untuk dibina. Adakala juga, pembinaan in tergendala beberapa kali oleh kerana keadaan tanah yang mendap dan masalah kewangan.Namun, Bonanno Pisano dapat selesaikan hanya tiga tingkat sahaja sebelum beliau menghilangkan diri. Kehilangannya tidak dapat dijelaskan.

90 tahun kemudian, Giovanni, seorang arkitek dari Simone menyambung pembinaan bangunan itu. Giovanni hanya mampu menyiapkan tiga tingkat sahaja iaitu hingga ke tingkat 7. Kemudian, selepas 80 tahun, bangunan itu disiap sepenuhnya dengan pembinaan tingkat lapan yang berkubah. Di dalam kubah itu terdapat beberapa buah loceng. Satu loceng itu seberat setengah tan. Loceng itu dibunyikan atas tanda sesuatu kemanangan atau tanda kematian. Tetapi kini, loceng itu tidak dibunyikan untuk mengelak sembarang getaran yang boleh menyebabkan ia meretak.

Cabaran terbesar yang dihadapi oleh menara ini ialah kecondongannya bukan disebabkan oleh masalah hakisan, pergerakan tanah atau tindak-tanduk manusia. Pada Perang Dunia Kedua, sebahagian daripada tingkat atas bangunan itu rosak teruk kerana bedilan peluru meriam. Namun, bedilan meriam ini masih gagal meruntuhkan bangunan yang berusia satu kurun itu. Ramai yang percaya bahawa binaan ini akan rebah satu hari nanti.
info didapati dari :

http://en.wikipedia.org/wiki/Leaning_tower_of_pisa
http://info-sains.blogspot.com/2007_08_01_archive.html#4602707972155758105
http://www.360cities.net/image/pisa-top-of-leaning-tower

Kenapa Lambat