02 Februari 2011

Kritis Makanan : Ikan Bakar Berempah

Gambar ini diambil di 'Rumah Makan Minang'

Bahan-bahannya adalah seekor ikan , bawang putih , bawang besar , halia , serai , cili hijau dan kicap cair.


Kritis
Ikan bakar ini kelihatan menyelerakan kerana dihias dengan pelbagai bahan-bahan yang membuatnya berwarna-warni seperti serai , bawang besar dan limau kasturi. Ikan ini juga agak pedas dan manis kerana cili hijau dan kicap cair yang digunakan . Ikan ini juga dibakar diatas arang dengan daun pandan dan cara ini membuat ikan bakar ini rasa berlainan dan mempunyai bau yang harum berbanding dengan ikan bakar yang biasa. Ini adalah lauk yang paling saya gemari di 'Rumah Makan Minang' kerana ia tidak terlalu pedas dan mempunyai rasa yang luar biasa . Tetapi , cara memasak ikan ini iaitu dengan pembakaran , boleh meyebabkan penyakit kanser . Namun , ikan ini juga mengandungi protein .

Kritis Makanan : Rendang Daging

Gambar ini diambil di 'Rumah Makan Minang'

Bahan-bahan yang digunakan adalah serai , bawang putih , kunyit , halia dan lengkuas. Bahan-bahan ini ditumbuk untuk menjadi rempah yang digunakan untuk melapisi daging lembu.

Kritis :
Rendang ini sangat enak kerana ia lembut dan empuk . Masakan ini juga berasa gurih dan berlainan dengan masakan rendang di restoran lain kerana cara masaknya yang berbeza. Rendang ini juga amat pedas
kerana rempahnya yang mengandungi cili . Namun , lauk ini tidak berkhasiat kerana daging ini mengandungi banyak lemak dan juga berminyak. Ini boleh mendatangkan pelbagai pengyakit seperti kegemukan dan lain-lain.

Kenapa Lambat