27 Julai 2010

PERTANDINGAN BLOGGING 2010- ENTRI KEEMPATBELAS


Make your own widget at Blixy.com!


Adat di Brunei lain daripada yang lain. Mereka tidak berjalan bersama-sama ke atas pelamin.
Di dalam kediaman pengantin perempuan, pengantin lelaki akan di payung dan dianya akan disuruh berjalan dalam pusingan kecil sebanyak 3 kali dan dia akan diiringi oleh dua orang lelaki yang membawa lilin besar yang dinamakan bunga lilin dan dua orang lagi lelaki yang membawa bunga manggar. Ini dikenali sebagai Pusing Naga yang masih lagi diamalkan sehingga kini.

Seterunya, pengantin lelaki mesti memacahkan buluh
yang diletakkan di pintu depan rumah sebelum
masuk rumah. Buluh ini akan dipecahkan oleh penjaga pengantin lelaki tersebut dangan
memijak-mijaknya, kadang-kadang ini dilakukan oleh pengantin lelaki itu sendiri.

Pengantin perempuan sedia menanti keadiran pengantin lelaki di pelamin. Sebelum pengantin lelaki dibenarkan duduk di sebelahnya di pelamin tersebut, adat 'mencabut keris' akan di lakukan. Keluarga terdekat pengantin perempuan akan menarik keluar keris tersebut dan apabila ianya dimasukkan kembali kedalam sarungnya, barulah istiadat bersanding dilaksanakan.


ADAT BASUH KAKI


Basuh kaki atau Buri Pu'o dalam bahasa Tutong ialah adat resam dimana kaki pengantin perempuan akan di tuangkan air.
Barang yang diperlukan bagi acara ini ialah
  • air,
  • parang dan
  • batu pengasah.
Kedua-dua pengantin hendaklah membuka kasut di kaki kanan masing-masing, di mulakan oleh pengantin perempuan dengan meletakkan kakinya di atas batu pengasah diikuti dengan pengantin lelaki meletakkan kakinya di atas kaki pengantin perempuan.

Nanti post seterusnya dimana saya akan menunjukkan sebuah slaid yang sungguh menarik !



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kenapa Lambat