03 Julai 2010

PERTANDINGAN BLOGGING 2010 - ENTRI PERTAMA

Budaya Melayu
Pandangan dan perassan saya.
Bahasa dijunjung ,
Budaya Disanjung

Beberapa hari yang lalu, saya telah diberi borang penyertaan

PERTANDINGAN BLOGGING 2010.

Saya rasa seronok kerana ini pertama kali saya menyertai pertandingan blogging.
Saya amat teruja untuk memulakan pertandingan ini dan it boleh menimba pengetahuan saya tentang budaya melayu dengan lebih lanjut agar saya dapat meraih pengalaman yang menakjubkan dan berkongsi pengetahuan saya dengan rakan-rakan yang lain sempena bulan bahasa ini.

Walaupun kami hidup di Singapura, negara yang berbilang bangsa , berlainan agama dan budaya, ini tidak bermakna kita harus mengabaikan budaya Melayu ini atau dipengaruhi oleh budaya lain. Malah , sebagai orang Melayu kita harus mementingkan budaya kita sendiri dan berkongsi pengetahuan ini dengan rakan-rakan yang bukan Melayu. Ramai di kalangan remaja hari ini lebih dipengaruhi dengan budaya Barat.

Saya akan tumpukan entri-entri blog saya seterusnya kepada dua aspek budaya Melayu. Salah satu daripadanya ialah Adat Resam Perkahwinan Melayu kerana kebanyakan orang akan melalui dan mengalami detik bersejarah itu dalam hidup mereka. Satu lagi aspek budaya yang akan menjadi tumpuan saya ialah Pantang Larang Masyarakat Melayu kerana ianya menarik. Banyak juga di antara pantang larang ini mempunyai kaitan dengan adat perkahwinan namun tidak ramai orang tahu tentang perkara ini , termasuk saya. Oleh itu saya mahu mengetahui cara-cara dan perbezaan adat resam perkahwinan pada zaman dahulu berbanding dengan zaman kini. Saya juga ingin mendalami pantang larang dalam masyarakat Melayu yang terdapat di negara lain.

Ini adalah gambar saudara saya bersama suaminya
ketika mereka bersanding pada tahun lepas.

Saya akan mencari maklumat lebih lanjut.
Sampai disini sahaja ! (:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kenapa Lambat