ADAT PERKAHWINAN
AKAD NIKAH
Perkahwinan Melayu dimulakan dengan upacara akad nikah iaitu kontrak perkahwinan. Pengantin lelaki akan menandatangani kontrak itu dan bersetuju untuk memberi pengantin perempuan mas kahwin yang berupa wang, barang-barang atau apa-apa sahaja yang diminta oleh pihak perempuan. Namun pada zaman ini , ramai pihak perempuan yang meminta wang sahaja untuk tidak merumitkan keadaan. Ia adalah lambang untuk menunjukkan bahawa si lelaki itu sanggup dan sudah bersedia untuk mendirikan rumahtangga dengan gadis yang dilamarnya. Setelah menandatangani kontrak itu , langkah-langkah agama yang perlu akand dilakukan dan disertai doa. Seterusnya tok kadi atau imam tersebut akan membacakan lafas nikah.
Lafaz nikahnya adalah:
"Aku nikahkan dikau [nama pengantin perempuan] dengan mas kahwin sebanyak {mengikut negeri} tunai"
Pengantin lelaki akan membalas "Aku terima nikahnya [sama seperti apa yang dilafazkan oleh tok kadi] "
Lafaz nikahnya adalah:
"Aku nikahkan dikau [nama pengantin perempuan] dengan mas kahwin sebanyak {mengikut negeri} tunai"
Pengantin lelaki akan membalas "Aku terima nikahnya [sama seperti apa yang dilafazkan oleh tok kadi] "
Informasi didapati dari http://en.wikipedia.org/wiki/Malay_wedding#Adat_Merisik
Gambar-gambar didapati dari lelaman google.
Wah , orang yang menghias wang mas kahwin ini amat kreatif !
Gambar yang terdapat diatas ini sebenarnya adalah wang tunai yang telah digubah dan dilipat untuk merupai sebuntil bunga. Cantik sungguh kan ?
Selain dari itu , barang-barang tersebut juga diberi
Selain dari itu , barang-barang tersebut juga diberi
- cincin bertatahkan batu permata
- kain sutera yang cukup untuk menjahit sehelai baju perempuan
- dua helai sarung sutera
- beraneka jenis kuih
- beraneka jenis buah-buahan
- mangkuk sirih ataupun katok sirih yang dilengkapi dengan bahan
(Ini harus dipulangkan)
Makanan terdiri daripada nasi minyak dan kari, bagi lelaki ataupun perempuan. MMM , sedapnya !
Sampai disini sahaja .
Entri seterusnya akan menerangkan peringkat kedua adat perkahwinan :)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan