Get glitter and more at Blixy.com!
Perkahwinan bukanlah sesuatu perkara yang asing bagi masyarakat kami dan di seluruh dunia. Saya pasti anda semua pernah menghadiri majlis perkahwinan juga . Adat resam perkahwinan di masyarakat melayu amat dititikberatkan dan terdapat beberapa peringkat penting.
Merisik
Tujuan merisik adalah untuk memastikan bahawa gadis yang ingin dimiliki itu tidak berpunya. Disamping itu , ia bertujuan untuk menyelidik latar belakang gadis itu dari segi kemahiran rumah tangga , adab sopan , tingkah laku , paras rupa serta pengetahuan agamanya . Lazimnya , ia dijalankan oleh seorang wakil dari pihak lelaki.
Bagi pihak gadis pula , kriteria yang perlu dipertimbangkan sebelum menerima lamaran pihak lelaki adalah lelaki itu perlu ada latar belakang agama serta pekerjaan yang baik. Adakalanya wakil lelaki memberi cincin yang berupa cincin belah rotan yang diberi apabila lamaran diterima untuk menetapkan tarikh peminangan.
Namun adat ini telah jarang dilakukan pada zaman ini kerana kebanyakan pasangan telah berkenalaan terlebih dahulu. Kemudian mereka akan terus meminang . Dengan itu , mereka menjimat wang and waktu .
Ini adalah gambar cincin belah rotan itu.
Menarik bukan ?
Langkah-langkah yang lain pula akan saya terangkan di post seterusnya !
Informasi didapati dari : http://malaysiana.pnm.my/01/01010201mel_merisik.htm
Pendapat saya. . .
Saya rasa merisik adalah sesuatu perkara yang penting untuk dilakukan oleh keluarga pasangan yang belum berkenalan dengan satu sama lain agar mereka tidak akan menyesal pada masa kelak nanti dan keluarga mereka boleh mendapat lebih pengetahuan tentang latar belakang pasangan anak mereka.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan