* { ADAT PERNIKAHAN } *
Setelah selesai peringkat-peringkat berikut , yang paling dinantikan iaitu adat pernikahan dilangsungkan .
Amalan ini adalah kemuncak majlis perkahwinan.
Namun pelbagai persiapan harus dilakukan sebelum majlis pernikahan itu , seperti menyiapkan bilik pengantin , mendirikan pelamin , khemah tetamu dan juga bunga telur . Oleh itu pasangan pengantin haruslah berjimat dan pastikan mereka mempunyai cukup wang sebelum berkahwin.
Bersanding bermaksud duduk bersebelah-sebelahan di satu tempat yang istimewa.
Majlis perkahwinan ini juga dikenali sebagai hari bersanding dimana pengantin digelar raja sehari. Majlis ini diadakan secara meriah. Jiran-jiran , sanak-saudara dan sahabat handai dijemput untuk menghadiri majlis tersebut.
Terdapat beberapa jenis persandingan iaitu :
- bersanding selepas akad nikah
- bersanding di luah rumah pengantin perempuan
- bersanding di dalam rumah pengantin perempuan
- bersanding malam
- bersanding di rumah pengantin lelaki
- bersanding semula
Informasi dan gambar pelamin didapati dari lelaman wikipedia.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan