26 Julai 2010

PERTANDINGAN BLOGGING 2010 - ENTRI KESEBELAS

~ PANTANG LARANG ~

Setelah mengetahui adat perkahwinan budaya melayu di Singapura dan Malaysia ,
saya telah mempelajari beberapa pantang larang dan pelbagai nasihat yang
menarik untuk bakal pengantin.
Seringnya , kita mendengar ibu-bapa atau datuk dan nenek menasihati bakal pengantin menggunakan pantang larang , jangan itulah , jangan inilah . Namun terserahlah kepada mereka samada mereka rasa ini baik untuk diikuti atau tidak.
Tentu anda semua tidak sabar hendak tahu tentang pantang larang tersebut !


#1 Jangan keluar bersama pasangan selama 40 hari sebelum diijab kabul,bimbang tohmahan masyarakat. Selain itu, ia bertujuan untuk mengawal nafsu dan menimbulkan perasaan rindu. Dengan itu , pengantin akan ghairah dan berseri-seri ketika berjumpa dengan pasangan pada hari akad nikah nanti !

#2 Elakkan keluar dengan bebas kemana-mana kerana bimbang jika di santau oleh mereka yang mempunyai niat yang tidak baik.

#3 Beberapa bulan sebelum kahwin, elakkan makan nasi dengan lauk berkuah bagi mengelakkan perut buncit.

#4 Elakkan makan ulaman yang berbau busuk seperti petai atau jering.

#5 Jangan bercermin terutama selepas maghrib bagi mengelakkan diri daripada perkara sihir.

#6 Tiga bulan sebelum berkahwin, mulakan membuat urutan supaya bakal pengantin mempunyai tenaga..

#7 Elakkan minum air bergas kerana ia menyebabkan kencing manis.

#8 Elakkan daripada mandi pada waktu malam kerana tidak elok untuk sendi-sendi badan

#9
Mengikut sesetengah adat, bakal pengatin perlu makan sekali sehari sahaja.

#10 Minum air halia untuk membuang angin.


Ini sahaja pantang larang buat masa kini yang dapat saya cari.
Ada lebih lagi pantang larang yang boleh didapati.
Nantikan post seterusnya ya !

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kenapa Lambat