29 Julai 2010

PERTANDINGAN BLOGGING 2010 - ENTRI KEENAMBELAS

ADAT MAKAN BERSUAP


Ini adalah adat resam dimana pengantin perempuan akan menyuap pengantin lelaki dengan tangannya sendiri . Ini dilakukan selepas adat basuh kaki untuk menambahkan suasana kemesraan antara pengantin baru itu !

Ia adalah kemestian untuk menyediakan
  • nasi kuning
  • air
  • garam
  • dan asam
untuk upacara tersebut.

Ada beberapa Adat Brunei Tutong yang tidak begitu berbeza dengan adat kami seperti adat berinai dan juga istiadat akad nikah.

ADAT MULIH 3/7 HARI

Adat mulih 3 atau 7 hari ini ialah tradisi di mana pengantin lelaki akan pulang ke rumah asalnya bersama isterinya selepas tinggal selama 3 atau 7 hari di kediaman isterinya. Biasanya keluarga pihak lelaki akan memberikan hadiah seperti barang rumah dan barangan dapur kapada pasangan ini. Ini menandakan penamatnya upacara perkahwinan orang Brunei.

. . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kenapa Lambat