PANDANGAN DAN PERASAAN
Ini adalah post terakhir saya bagi PERTANDINGAN BLOGGING 2010 . Saya sangat berbesar hati kerana dapat mengambil bahagian dalam pertandingan ini. Dengan itu , saya seikhlasnya ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak penganjur dan juga guru saya , Cikgu Siti kerana telah memberikan saya inspirasi dan kesempatan untuk mengambil bahagian dalam pertandingan ini.
Ketika hari pertama saya menerima borang penyertaan , saya bimbang kerana ketegori yang telah diberikan adalah tentang budaya dan saya tidak tahu banyak perkara tentang budaya melayu . Maklumlah , remaja zaman ini lebih tertarik dengan budaya orang barat . Namun , saya juga amat ghairah untuk meraih pengetahuan tentang budaya saya. Ketika saya mencari bahan-bahan untuk pertandingan blogging ini , saya rasa seronok walaupun informasinya ada yang tidak betul atau jelas dan gambar-gambarnya susah untuk dicari. Saya telah mempelajari banyak perkara tentang Adat Perkahwinan budaya melayu , bukan sahaja di Singapura tetapi di Brunei juga dan beberapa pantang larang yang menarik.
Saya berharap agar penganjur akan mengadakan lebih pertandingan seperti ini kerana ia amat berguna untuk masyarakat melayu dan jika saya berpeluang , pasti saya akan menyertai pertandingan ini lagi.

Terima kasih ,
Nur Amirah
Sekolah Menengah Guangyang
Nur Amirah
Sekolah Menengah Guangyang
Tiada ulasan:
Catat Ulasan